Hari Komuniti PI Pokok Jawi 2019

16 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Jun 2019, telah berlangsung Hari Komuniti PI Pokok Jawi 2019. Majlis ini diadakan di perkarangan Pusat Internet Pokok Jawi Perlis. Majlis ini berlangsung bermula jam 8.00 pagi sehingga 1.00 Petang. Antara aktiviti yang diadakan Taklimat Advokasi, Sukaneka, Sukan rakyat, Pertandingan Mewarna dan banyak lagi.
Aktiviti yang diadakan ini juga mampu mengasah bakat yang ada pada para peserta. Dengan adanya hari terbuka ini, ia dilihat mampu untuk menarik ramai lagi komuniti setempat untuk datang melawat dan menggunakan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim penduduk setempat yang mana ia selaras dengan usaha meramaikan kunjungan komuniti ke pusat internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali